PASTIKAN KOPERASI TERUS BERDAYA SAING: MASIDI

PENGHARGAAN: Masidi menerima cenderahati daripada Mohd Salleh (lapan kanan).

KOTA KINABALU: Pengurusan dan tadbir urus yang kukuh serta keupayaan menyesuaikan strategi perniagaan dengan perkembangan semasa amat penting bagi memastikan koperasi terus berdaya saing sekali gus mampu memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,   gerakan koperasi mempunyai peranan penting dalam menyediakan peluang ekonomi kepada masyarakat, khususnya melalui aktiviti perniagaan yang mampu menjana pendapatan serta meningkatkan kesejahteraan anggota.

“Kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyokong dan memperkasakan gerakan koperasi sebagai salah satu pemangkin pembangunan ekonomi negeri, selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang menekankan pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Green Sabah Berhad yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Mohd Salleh Abbas, bersama rombongan, di pejabatnya di sini.

Masidi turut memuji peranan dan sumbangan koperasi berkenaan dalam mengembangkan kegiatan ekonomi serta meningkatkan taraf sosioekonomi anggotanya, di samping keupayaannya meneroka dan mempelbagaikan bidang perniagaan.

Katanya, Koperasi Green Sabah Berhad mempunyai pengalaman luas dalam gerakan koperasi setelah ditubuhkan pada 1959, dan telah menunjukkan keupayaan untuk terus berkembang serta menyesuaikan pendekatan perniagaannya dengan perubahan landskap ekonomi semasa.

“Keupayaan untuk mempelbagaikan kegiatan perniagaan dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa wajar dijadikan contoh oleh koperasi lain di Sabah, khususnya dalam usaha mengenal pasti bidang yang mempunyai potensi pertumbuhan,” katanya.

Dalam kunjungan itu, Masidi turut diberi taklimat mengenai perkembangan semasa, aktiviti perniagaan serta perancangan koperasi berkenaan.

Masidi menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan serta kerjasama antara kerajaan negeri dan koperasi berkenaan dapat terus diperkasa, khususnya dalam menyokong pembangunan ekonomi serta memperluas peluang ekonomi kepada masyarakat di Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …