JBPM SABAH TERIMA 15 KENDERAAN OPERASI RINGAN

ASET: 15 Unit LOV Memperkasakan Kesiapsiagaan Serta Keupayaan Operasi Jabatan, Khususnya Di Sabah.

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 15 unit Light Operation Vehicle (LOV) berkeupayaan pacuan empat roda bagi memperkukuh keupayaan operasi kecemasan di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Lizalman Abu berkata, LOV berkenaan akan diagihkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di seluruh Sabah mengikut keperluan operasi.

“Kenderaan ini direka bagi menyokong pelbagai tugasan kecemasan, rondaan dan logistik, ia turut digunakan untuk tugasan sokongan di kawasan bandar dan luar bandar.

“Aset ini juga dapat membantu operasi ketika berdepan situasi bencana serta kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi mencabar.

“Penerimaan 15 unit LOV itu menjadi langkah penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan mobiliti JBPM Sabah,” katanya semasa majlis penyerahan dan agihan aset itu diadakan di Ibu Pejabat JBPM Sabah, di sini, hari ini.

Bercakap lanjut beliau berkata, aset berkenaan turut meningkatkan keupayaan respons pasukan bomba dalam menghadapi cabaran operasi di negeri ini.

LOV:Lizalman Mengagihkan Replika Kunci Sebagai Simbolik Pengagihan 15 Unit LOV Di BBP Seluruh Sabah.

“Sabah mempunyai kawasan geografi yang luas dengan pelbagai bentuk muka bumi, sekali gus memerlukan aset yang sesuai bagi menyokong pergerakan pasukan di lapangan.

“JBPM merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas kelulusan keperluan LOV bagi memperkasakan kesiapsiagaan serta keupayaan operasi jabatan, khususnya di Sabah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …