SINDIKET IMPORT AYAM SEJUK BEKU: SPRM REMAN TUJUH INDIVIDU TERMASUK EMPAT PENJAWAT AWAM

REMAN: Kesemua tertuduh semasa tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk menjalani prosiding di Mahkamah Majistret di sini.

KOTA KINABALU: Tujuh individu termasuk empat penjawat awam direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan mengimport ayam sejuk beku secara tidak sah menerusi sebuah pelabuhan di Sabah.

Semua suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan rasuah bagi melepaskan ayam sejuk beku yang diimport tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 15 Ogos ini dikeluarkan Majistret Marilyn Kelvin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi Rabu.

Terdahulu, menerusi Op Chick yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sabah, pada Selasa, sebanyak 10 kontena ayam sejuk beku disita.

Kontena berkenaan dipercayai membawa ayam sejuk beku yang diimport secara tidak sah dari China dan Poland.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan reman semua suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …