MAFFI SOKONG OPERASI BENDUNG IMPORT AYAM SEJUK BEKU TIDAK SAH

JAMAWI

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) menyambut baik tindakan terhadap kegiatan import ayam sejuk beku secara tidak sah di Sabah.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) selari dengan arahannya.

Katanya, arahan itu disampaikan ketika mengadakan lawatan ke Pelabuhan Sepanggar pada 19 Julai lalu.

“MAFFI mengambil perhatian serius akan perkara ini dan akan beri kerjasama penuh,” katanya.

Jamawi berkata demikian ketika mengulas laporan penahanan tiga individu dan rampasan 10 kontena ayam sejuk beku.

Menurut laporan, 10 kontena berkenaan dipercayai diimport secara tidak sah dari China.

Rampasan itu dilakukan menerusi Ops Chick yang dilancarkan SPRM di pelabuhan di Sabah pada 11 Ogos.

Jamawi turut menasihatkan semua pihak yang ingin mengimport produk makanan supaya mendapatkan permit import secara sah.

“Semua prosedur ditetapkan perlu dipatuhi bagi memastikan kegiatan import berjalan mengikut peraturan.

“Saya nasihatkan kepada semua supaya memohon permit import secara sah,” katanya.

Sebelum ini, SPRM melancarkan Ops Chick dengan kerjasama AKPS dan JKDM.

Operasi itu membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an.

Ketiga-tiga mereka dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Siasatan awal mendapati 10 kontena ayam sejuk beku berkenaan diimport dari China dan produk berkenaan dipercayai diisytiharkan secara tidak benar.

Ia juga tidak melalui proses pemeriksaan ditetapkan pihak berkuasa.

SPRM kini sedang mengenal pasti individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan itu.

MAFFI turut menegaskan komitmen untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasa.

Kerjasama itu penting bagi memastikan keselamatan dan pematuhan produk makanan yang diimport ke Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …