33 TONG BAHAN API BERSUBSIDI DIRAMPAS PPM

RAMPAS: Rampasan bekalan petrol dan diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tangkol, Jalan Marak Parak, di sini.

KOTA MARUDU: Sebanyak 33 tong dram mengandungi petrol dan diesel bersubsidi dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Tangkol, Jalan Marak Parak, di sini, petang Rabu.

Serbuan kira-kira jam 4 petang itu dilakukan susulan maklumat dan risikan hasil tangkapan berkaitan bahan api bersubsidi di Pitas sebelum ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, pemeriksaan di bahagian belakang premis menemukan 33 tong dram berkapasiti 200 liter setiap satu.

Katanya, 10 tong disyaki mengandungi petrol manakala 23 tong lagi dipercayai berisi diesel.

“Seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai pemilik premis turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen, lesen, permit atau kebenaran sah berkaitan penyimpanan bahan api berkenaan.

“Kesemua barang kes turut dirampas dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM33,000,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Amri berkata, pemeriksaan dan tindakan dilakukan susulan risikan berhubung kegiatan penyalahgunaan barang kawalan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

“PPM Wilayah 4 Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau sindiket yang terbabit dalam penyelewengan serta penyalahgunaan subsidi kerajaan.

“Risikan dan operasi susulan akan terus dipertingkatkan bagi mengesan rantaian kegiatan penyelewengan barang kawalan.

“Ia bagi memastikan subsidi kerajaan tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …