ANGGOTA TENTERA CEDERA TERKENA TEMBAKAN RAKAN DI PORT DICKSON

Seorang anggota tentera cedera selepas disyaki terkena tembakan yang dilepaskan rakannya ketika berada di lapang sasar dekat Sungai Menyala, Port Dickson, petang semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata mangsa cedera di muka dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di sini dengan keadaanya dilaporkan stabil.

Pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian seorang anggota tentera terkena tembakan di lapang sasar, Sungai Menyala. Kejadian dilaporkan kira-kira jam 2.15 petang ketika mangsa bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan. Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan seorang rakan sepasukan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan. Orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu bagi mengelak penyebaran maklumat tidak tepat sehingga boleh menjejaskan proses siasatan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …