Musim cuti dan perayaan adalah waktu paling sibuk di jalan raya. Peningkatan jumlah kenderaan menyebabkan risiko kemalangan turut meningkat. Menurut pungutan data, satu kemalangan berlaku setiap 50 saat di Malaysia dan satu nyawa hilang setiap 1 jam 56 minit.
Bagi memastikan perjalanan jauh selamat, beberapa panduan dan tindakan perlu diamalkan:
- Rancang dan semak kenderaan
Sebelum bertolak, pastikan kenderaan diselenggara dengan baik. JPJ menasihatkan pengguna memastikan kenderaan road worthy dan dokumen lengkap seperti lesen dan insurans sah yang mana sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini ianya tidak akan memberi kesulitan kepada pemandu untuk menjalankan sebarang urusan.
- Patuh undang-undang dan elak 6 kesalahan utama
PDRM melalui Ops Selamat 25 sebagai contoh menyasarkan pengurangan 5% kemalangan dan kematian. Enam kesalahan utama yang diberi fokus ialah memandu melebihi had laju, memotong secara berbahaya, guna telefon bimbit, langgar lampu isyarat, guna lorong kecemasan dan memandu dalam keadaan letih. JPJ pula turut mengeluarkan larangan kenderaan barangan bergerak pada tarikh tertentu semasa puncak musim perayaan untuk melancarkan trafik.
- Rehat cukup dan pandu berhemah
Data menunjukkan hari Sabtu dan hari Ahad mencatatkan purata 15 kematian sehari, paling tinggi dalam seminggu. Oleh itu, pemandu dinasihatkan berehat di R&R jika letih dan merancang perjalanan untuk elak waktu puncak. Kempen “Pandu Cermat, Sampai Selamat” dan “Sayangi diri, jauhi kemalangan” diteruskan JPJ dan PDRM di terminal bas, lebuh raya dan kawasan rehat.
- Gunakan kemudahan aduan
Orang ramai boleh menyalurkan aduan kesalahan lalu lintas secara masa nyata melalui aplikasi MyJPJ – e-Aduan@jpj atau emel aduantrafik@jpj.gov.my.
Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Dengan mematuhi panduan, menyokong kempen JPJ dan PDRM, serta memandu dengan cermat, kita dapat memastikan setiap perjalanan jauh di musim cuti dan perayaan berakhir dengan selamat di pangkuan keluarga.
Sumber:
PDRM, JPJ, BERNAMA, Utusan Borneo, The Star
https://www.facebook.com/share/p/1BrKdEEbr2/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1066156/8-petua-perlu-amalkan-ketika-memandu



