PENGELUARAN PASPORT SAH LEBIH 10 TAHUN DIHENTIKAN SERTA-MERTA

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menghentikan serta-merta pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan tempoh sah laku melebihi 10 tahun sehingga isu berkaitan diselesaikan bersama syarikat penerbangan dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, keputusan itu dibuat susulan kesulitan yang dihadapi beberapa pemegang pasport berkenaan ketika melakukan perjalanan ke luar negara.

Menurutnya, walaupun perkara itu telah dirujuk kepada ICAO dan maklum balas diterima tidak menghalang pelaksanaan tempoh sah laku pasport melebihi 10 tahun, kekeliruan timbul apabila beberapa pemegang pasport menghadapi masalah ketika mendaftar masuk dengan syarikat penerbangan tertentu di luar negara.

“Bagi menangani kekeliruan ini, jabatan menetapkan bahawa tempoh sah laku maksimum bagi PMA adalah selama 10 tahun sahaja.

“Penetapan ini bertujuan menyeragamkan tempoh sah laku PMA serta mengelakkan kekeliruan berkaitan keperluan tambahan tempoh sah laku enam bulan yang ditafsirkan secara berbeza oleh sesetengah syarikat penerbangan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zakaria berkata, pemegang pasport sedia ada yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 10 tahun akan diberikan pasport gantian secara percuma dengan tempoh sah laku maksimum 10 tahun.

Mereka yang terlibat juga akan diberikan keutamaan dalam urusan penggantian pasport.

Selain itu, JIM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua syarikat penerbangan bagi membantu pengembara warga Malaysia yang terjejas di luar negara.

“JIM komited memastikan pelaksanaan PMA sentiasa ditambah baik bagi memberikan kemudahan kepada rakyat serta memastikan urusan perjalanan antarabangsa dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan teratur,” katanya.

Astro AWANI

12/08/2026 | 11:30 MYT

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pengeluaran-pasport-sah-lebih-10-tahun-dihentikan-serta-merta

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …