“TRULY TERENGGANU”


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu menyampaikan perutusan khas Kerajaan Negeri Terengganu memperkenalkan slogan dan logo pelancongan Negeri Terengganu yang baharu “TRULY TERENGGANU” bagi menggantikan slogan “Beautiful Terengganu Malaysia”. Penjenamaan ini akan turut melibatkan penyelarasan penggunaan logo dalam semua medium media sosial dan platform promosi.

Logo “TRULY TERENGGANU” menampilkan identiti negeri yang berteraskan budaya, warisan, keindahan alam semula jadi dan nilai hospitaliti masyarakat Terengganu. Reka bentuknya yang moden dan mudah dikenali diharap dapat memperkukuh penjenamaan pelancongan negeri, meningkatkan keberkesanan promosi serta memperluaskan daya tarikan Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

Bersempena TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2027, penggunaan logo rasmi “Visit Truly Terengganu 2027” adalah wajib pada semua bahan promosi program dan acara rasmi Kerajaan Negeri sepanjang tempoh pelaksanaan Tahun Melawat Terengganu 2027. Langkah ini bertujuan memastikan keseragaman identiti visual dan memperkukuh pengiktirafan jenama pelancongan Negeri Terengganu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Untuk sebarang pertanyaan serta mendapatkan softcopy slogan dan logo pelancongan Negeri Terengganu yang baharu, sila berhubung dengan pihak Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Unit Korporat dan Promosi di talian +609-6231553.

 

#Sumber UPDI Terengganu

#TrulyTerengganu
#VisitTrulyTerengganu2027

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …