DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah berjaya menganjurkan MBSP Car Free Morning @ Seberang Perai di Jalan Todak 2, Seberang Jaya dengan sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 530 orang telah mengambil bahagian.
Program ini menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti menarik seperti Zumba, pertandingan Botol Flip, pertandingan Sepak Penalti, pertandingan Mewarna, Santai Congkak Tradisional, Cabutan Bertuah serta pelbagai aktiviti interaktif lain. Program turut dimeriahkan dengan persembahan busking dan Gerbang Makanan Food Festival yang menjadi tarikan kepada para pengunjung.
Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan budaya hidup sihat dan penggunaan ruang awam secara lestari, malah mengeratkan hubungan silaturahim dalam komuniti serta menyokong aspirasi Bandar Rendah Karbon, Penang2030 dan Malaysia MADANI.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg



