SEBELUM DAN SEMASA PERJALANAN
- Sentiasa semak masa lokasi pusat mengundi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
- Keluar lebih awal untuk mengelakkan kesesakan trafik dan sampai ke pusat mengundi dengan tenang.
- Pastikan barang berharga seperti beg tangan dan dompet disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini
SEMASA BERADA DI PUSAT MENGUNDI
- Sediakan Kad Pengenalan (MyKad) di tangan untuk memudahkan proses semakan.
- Ikut arahan petugas SPR dan dipatuhi tanda arah yang disediakan di dalam dewan.
- Jangan dedahkan pilihan undi anda kepada sesiapa dan tidak mengambil gambar atau video kertas undi di dalam bilik mengundi.
- Amalkan penjarakan fizikal sekiranya perlu dan pakai pelitup muka jika bergejala bagi melindungi keselamatan kesihatan awam.
LARANGAN KESELAMATAN UTAMA
- Elakkan daripada memakai baju, topi atau membawa sebarang barangan yang mempunyai logo, nama, atau simbol parti politik.
- Jangan berkempen, mengedar risalah atau merayu undi di dalam atau berhampiran kawasan pusat mengundi.
Sumber : Cawangan Perhubungan Awam dan Dokumentasi,
Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)



