WARGA ASING DIDAKWA DI MAHKAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

No photo description available.

Seramai 29 warga asing, terdiri daripada 20 lelaki dan 9 wanita, telah didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam hari ini bagi menghadapi pertuduhan melibatkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.
Daripada jumlah tersebut, 14 orang telah didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah, 14 orang lagi didakwa di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan oleh pas atau permit yang dikeluarkan manakala seorang lagi didakwa di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport kerana memiliki pasport atau dokumen perjalanan milik orang lain tanpa kuasa yang sah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Hakim Mahkamah Majistret Bukit Mertajam tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 September 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.
Terdahulu, lima orang daripada warga asing tersebut telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita warga Cameroon bagi tujuan eksploitasi kerja pada 16 Julai 2026 di Bukit Mertajam. Mereka didakwa di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan denda.
Hakim Mahkamah Sesyen menetapkan 1 September 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Sumber  :  IPD Seberang Perai Tengah  https://www.facebook.com/profile.php?id=100064590470520

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …