✅ Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata Negara
✅ Simbol rasmi kerajaan Malaysia yang penuh nilai sejarah, semangat perjuangan, dan perpaduan rakyat.
Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang memperlihatkan perpaduan, kedaulatan, dan identiti negara. Diluluskan oleh Raja-Raja Melayu pada tahun 1952.
Ia terdiri daripada elemen utama termasuk dua ekor harimau, bintang pecah 14, anak bulan, dan cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu”.
Berikut adalah pecahan simbol dan makna di dalam Jata Negara:
- Dua Ekor Harimau – Melambangkan keberanian dan kekuatan.Bintang
- Pecah 14 & Anak Bulan – Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan serta gabungan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
- Perisai – Menjadi lambang negeri-negeri di Malaysia melalui pembahagian berikut
- Pokok Melaka – Mewakili negeri Melaka.Empat Jalur.
- Bahagian tengah yang berwarna hitam dan putih mewakili Pahang.
- merah dan kuning mewakili Selangor.
- hitam, putih dan kuning mewakili Perak.
- Merah mewakili Negeri Sembilan.
- Pokok Pinang & Jambatan Pulau Pinang Mewakili Pulau Pinang.
- Bahagian Kiri Atas (Bahagian Sabah) Mengandungi lukisan mukanya lambang Negeri Sabah.
- Bahagian Kanan Bawah (Bahagian Sarawak) Mengandungi lambang Negeri Sarawak.
- Tiga Bilah Keris – Mewakili negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu).
- Bunga Raya – Bunga kebangsaan Malaysia yang melambangkan kesepaduan rakyat.
Cogan Kata – “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dalam tulisan Rumi dan Jawi yang membawa maksud semangat perpaduan akan membawa kemakmuran kepada negara.
Sumber: @japenmalaysia / Buku Malaysia 2017



