HUKUMAN TEGAS DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan setiap siasatan dilaksanakan secara profesional, telus serta berlandaskan undang-undang.

Di bawah pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang berkuat kuasa sejak tahun 2020, hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu, berbahaya atau di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Seksyen 41 memperuntukkan penjara 5 hingga 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen sekurang-kurangnya lima tahun, manakala Seksyen 44 memperuntukkan penjara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 serta hilang kelayakan memegang lesen sekurang-kurangnya 10 tahun.

Kerajaan akan terus menambah baik kerangka perundangan dan perlindungan kepada mangsa serta waris demi meningkatkan keselamatan jalan raya.

 

Sumber: KDN & JPJ

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …