HUKUMAN SALANG DALAM SEJARAH KESULTANAN MELAYU APLIKASI KEMAHIRAN ANATOMI

Ooh… Sang Algojo…
Ooh… nanti dulu

 

Pernahkah anda mendengar sebahagian bait lirik lagu Tanya Sama Itu Hud hud yang dinyanyikan oleh seniman M.Nasir ini?  Walau sering terngiang-ngiang namun tidak ramai yang mengetahui siapakah yang dimaksudkan dengan ‘Sang Algojo’ tersebut.

Sang Algojo pada zaman kesultanan melayu merujuk kepada pelaksana hukuman mati yang dipanggil juga sebagai penyalang atau tukang salang.

Hukuman salang merupakan antara bentuk hukuman mati yang pernah diamalkan dalam beberapa pemerintahan Melayu tradisional sebagai sebahagian daripada sistem perundangan pada zaman tersebut. Hukuman ini lazimnya dikenakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan berat seperti penderhakaan atau jenayah yang mengancam keselamatan negeri dan institusi pemerintahan. Pelaksanaannya melambangkan ketegasan pemerintah dalam menegakkan keadilan serta mengekalkan keamanan dan kestabilan masyarakat.

Semasa hukuman salang dilakukan, pesalah akan diletakkan secara melutut dengan tangannya diikat ke belakang serta matanya ditutup.

Penyalang menghunus keris ‘salang’ (iaitu sejenis keris Panjang) dan menikam tepat di bahu kiri hingga mata senjata tembus ke jantung.

Tusukan menembusi ke jantung pesalah akan menyebabkan kematian berlaku serta merta dengan kecederaan yang parah, namun tubuhnya kekal dalam keadaan baik. Apabila ditarik keluar dan luka ditutup dengan kain atau kapas.

 

Itulah uniknya hukuman salang ini dimana pesalah yang dihukum mati tidak merasa tersiksa dalam jangka masa yang lama ketika dihukum sekali gus membuktikan kebijaksanaan orang Melayu ketika itu dalam menjalankan hukuman bunuh dengan mengguna pakai ilmu anatomi.

Walaupun hukuman salang tidak lagi diamalkan pada masa kini, ia kekal sebagai sebahagian daripada warisan sejarah perundangan Melayu yang memperlihatkan evolusi sistem keadilan negara dari zaman Kesultanan Melayu hingga kepada sistem perundangan moden. Sejarah ini turut menjadi rujukan penting dalam memahami perkembangan institusi pemerintahan, adat istiadat dan undang-undang di Alam Melayu. Mengetahui sejarah hukuman salang bukanlah untuk mengagungkannya, tetapi untuk menghargai perjalanan tamadun Melayu dalam membentuk sistem keadilan yang terus berkembang mengikut peredaran zaman.

 

Sumber : ASEAN Heritage & History (theaseanmagazine.asean.org ); utusantv.com

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …