Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai pada setiap tahun.
Penyakit berkaitan Hepatitis menyebabkan kematian setiap 30 saat. Justeru, usaha pencegahan perlu dipertingkatkan, selain pengukuhan dari segi diagnosis dan rawatan yang lebih baik, demi menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan.
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kadar liputan ujian dan rawatan supaya lebih ramai pesakit mendapat akses kepada rawatan awal. Usaha ini selari dengan matlamat eliminasi Hepatitis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2030.
Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia



