25 TAHANAN DIHANTAR PULANG KE NEGARA ASAL

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu melaksanakan pemindahan 25 tahanan ke negara asal masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2, Sepang pada 23 Julai lalu.

Operasi yang dikendalikan Unit Pemindahan dengan bantuan Pasukan Iringkawal Depot Imigresen Ajil itu melibatkan tahanan berusia antara 17 hingga 50 tahun terdiri daripada 22 lelaki, dua wanita dan seorang remaja lelaki. Mereka membabitkan 17 warganegara Indonesia, tiga Laos, tiga Bangladesh, seorang Nepal dan seorang India.

Pemindahan itu turut melibatkan Program RENTAN bagi tahanan warga Indonesia hasil kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan Jabatan Imigresen Malaysia. Program berkenaan memberi perhatian khusus kepada golongan rentan termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas, individu sakit dan orang kurang upaya (OKU).

Kesemua tahanan telah selesai menjalani proses perundangan dan hukuman mengikut kesalahan di bawah Akta Imigresen sebelum dikenakan tindakan senarai hitam serta dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

JIM Negeri Terengganu menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan urusan pemindahan tahanan secara teratur, selamat dan berhemah bagi memelihara kedaulatan serta keselamatan negara.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …