DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang bersama pelbagai agensi penguatkuasaan telah melaksanakan Ops Dadah Kenderaan Perdagangan bersepadu bagi membanteras salah laku pemandu dan meningkatkan keselamatan jalan raya.
Tindakan tegas ini dijayakan oleh kekuatan keseluruhan seramai 60 orang anggota dan turut disertai oleh agensi rakan strategik yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dan PLUS.
Hasil daripada pemeriksaan intensif sepanjang empat jam tersebut, sebanyak 84 saman telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dan PDRM atas pelbagai kesalahan komersial ke atas kenderaan perdagangan. Lebih membimbangkan, hasil ujian saringan air kencing oleh pihak AADK mendapati 3 orang pemandu disahkan positif dadah. Daripada jumlah tersebut, 2 orang dikesan positif ketum manakala seorang lagi positif methamphetamine (meth). Kesemua mereka ditahan untuk tindakan undang-undang lanjut demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain tidak terancam.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



