DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Hospital Sungai Bakap (HSB) telah berjaya menganjurkan 𝐁𝐞𝐧𝐠𝐤𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐦𝐚𝐧𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐌𝐒𝐐𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔: Closing the Gaps, Sustaining Standards selama dua hari bertempat di Seminar Hall (F018/019), Science and Engineering Research Centre (SERC), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Penganjuran bengkel ini menjadi platform penting bagi memperkukuh budaya kualiti dan keselamatan pesakit melalui penilaian dalaman (internal assessment), sekali gus memastikan Hospital Sungai Bakap terus mengekalkan standard akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) Edisi Ke-6.
Sepanjang dua hari bengkel, peserta telah membentangkan pelan tindakan penambahbaikan bagi menangani jurang pematuhan (high-risk gaps) merangkumi kesemua 25 standard MSQH, termasuk aspek tadbir urus, keselamatan dan persekitaran, pengurusan fasiliti, kejururawatan, kawalan infeksi, perkhidmatan klinikal, radiologi, patologi, transfusi darah, sains kesihatan bersekutu, farmasi, CSSU, sajian, forensik serta perkhidmatan 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐏𝐏𝐏).
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/jknpenang



