PRESIDEN NGO ETNIK PRIBUMI DIDAKWA GUNA JAWATAN DAPATKAN PERUNTUKAN RM2 JUTA

KOTA KINABALU: Presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili masyarakat etnik etnik pribumi di Sabah dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatan bagi mendapatkan suapan berkaitan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan dan Galeri Rungus bernilai RM2 juta.

Tertuduh berumur 67 tahun terbabit didakwa melakukan kesalahan itu sekitar tahun 2022 di Dewan Kebudayaan dan Galeri Rungus, Kota Marudu.

Tertuduh didakwa menggunakan jawatannya sebagai pegawai badan awam bagi mendapatkan suatu suapan untuk dirinya sendiri menerusi peruntukan pembinaan projek berkenaan daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh mengambil tindakan mengemukakan permohonan dan melaksanakan sendiri pembinaan dewan berkenaan tanpa persetujuan Ahli Majlis Tertinggi persatuan, sedangkan beliau mempunyai kepentingan dalam pengurusan permohonan peruntukan dan pelaksanaan projek itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan deposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan dan pengurusan kes ditetapkan pada 27 Ogos depan.

Selain itu, tertuduh diarahkan melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan, tidak mengganggu saksi dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Po Norsham Saharom manakala tertuduh diwakili peguam daripada Ram Singh Harbans & Co di hadapan Hakim Andi Razalijaya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …