KERETA TENGGELAM BOLEH TUNTUT GANTI RUGI PBT

Pemilik kenderaan yang rosak atau tenggelam akibat banjir kilat boleh mempertimbangkan untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya mempunyai bukti kerosakan itu berpunca daripada kecuaian pihak berkuasa berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, tuntutan terhadap PBT bagaimanapun tidak boleh dibuat secara automatik hanya kerana sesuatu kawasan dilanda banjir.

Katanya, banjir boleh berlaku akibat pelbagai faktor termasuk hujan luar biasa dan kesan perubahan iklim yang tidak semesti­nya berpunca daripada kecuaian mana-mana pihak.

“Namun, jika ada bukti bahawa kerosakan berlaku akibat ke­cuaian PBT seperti kegagalan menyelenggara sistem perparitan, longkang yang tersumbat atau pokok yang tidak diselenggara sehingga tumbang dan menghempap kenderaan, pengguna boleh mempertimbangkan untuk membuat tuntutan ganti rugi.

“Bagi kes pokok tumbang, tuntutan boleh dibuat sekiranya kenderaan diparkir di tempat yang dibenarkan dan terdapat bukti bahawa PBT gagal melaksanakan penyelenggaraan yang sewajar­nya,” katanya kepada Kosmo!.

Beliau berkata, pengguna juga disarankan mengumpulkan bukti seperti gambar kejadian, laporan polis, laporan bomba jika berkaitan, resit pembaikan serta dokumen lain yang boleh menyokong tuntutan mereka.

Mengulas mengenai perlin­dungan insurans, Nur Asyikin berkata, Malaysia tidak terke­cuali daripada kesan perubahan iklim yang menyebabkan kejadian banjir, ribut, tanah runtuh dan bencana alam lain semakin kerap berlaku.

Ujarnya, pemilik kenderaan disarankan mempertimbangkan perlindungan tambahan Special Perils di bawah polisi insurans kerana perlindungan itu memberi pampasan terhadap kerosakan akibat bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan fenomena alam lain.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2026/07/22/kereta-tenggelam-boleh-tuntut-ganti-rugi-pbt/

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …