PROGRAM 1 KOMUNITI 1 KITAR SEMULA

 

KUALA LUMPUR, 28 NOVEMBER 2020 – Program 1 Komuniti 1 Kitar Semula anjuran Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL telah berlangsung di PPR Pinggiran Bukit Jalil dan PPR Salak Selatan. Peserta yang menyumbang barangan kitar semula ini terdiri daripada komuniti setempat di kedua-dua PPR tersebut.

 

Bahan kitar semula yang disumbangkan adalah berupa surat khabar, kertas putih/warna, majalah, kotak, tin aluminium, plastik, minyak masak terpakai dan lain-lain.  Sumbangan barangan kitar semula ini ditebus semula dengan barangan keperluan harian.

 

 

 

 

 

Matlamat program adalah:

  1. Menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan komuniti setempat;
  2. Memupuk semangat kerjasama komuniti setempat dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran setiap kawasan perumahan;
  3. Mewujudkan suasana kediaman perumahan yang kondusif bagi melahirkan warga penduduk yang mempraktikkan amalan hidup lestari;
  4. Menyediakan insentif barangan keperluan makanan bagi penduduk yang menyertai program 1 Komuniti 1 Kitar Semula; dan
  5. Inisiatif DBKL dalam membantu ekonomi golongan sasar iaitu B40 dalam menempuh kegawatan disebabkan isu covid-19 dengan menukarkan barangan kitar semula dengan barangan keperluan asas.

 

Kutipan barang kitar semula dalam program ini telah berjaya mengumpulkan:

1.PPR Pinggiran Bukit Jalil sebanyak 478.28kg

-Kertas 104.18kg;

-Plastik 105.4kg;

-Tin Aluminium 53kg; dan

-Minyak Masak Terpakai 215.7kg.

 

2.PPR Salak Selatan sebanyak 157.9kg

-Kertas 57.4kg;

-Plastik 43.6kg;

-Tin Aluminium 9.7kg; dan

-Minyak Masak Terpakai 47.2kg.

Jumlah Keseluruhan adalah 636.18kg (Minyak Masak Terpakai sahaja 262.9kg)

 

Jumlah barangan yang telah ditebus dalam program ini adalah :

-Gula 50 unit;

-Susu tin 131 unit;

-Tepung Gandum 53 unit; dan

-Minyak Masak 85 unit.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat seraya menyahut saranan kerajaan untuk mengurangkan sisa sampah di ibu kota Kuala Lumpur.  Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa meliputi lain-lain kawasan perumahan di WPKL.

 

#SayangiKualaLumpur

#welovekualalumpur

#kualalumpurkitapunya

#klwbc2020

#WilayahPrihatin

#klbandarku

 

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …