KESIAPSIAGAAN HOSPITAL DI LEMBAH KLANG

Susulan lonjakan kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang menyebabkan 2 hospital rawatan COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mencatatkan kadar penggunaan katil yang tinggi. Ini turut melibatkan Pusat Kawalan  Kusta Negara (PKKN), Sungai Buloh  yang kini beroperasi sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Demi memantapkan kesiapsiagaan hospital bagi menampung pesakit COVID-19 yang telah meningkat, KKM secara proaktif telah menambah jumlah katil rawatan COVID-19 di beberapa fasiliti KKM. Kapasiti katil rawatan COVID-19 bagi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah ditingkatkan daripada 345 katil (1 Oktober 2020) kepada 4,739 katil setakat 18 November 2020.

Pelan strategik ini melibatkan kerjasama KKM dengan pelbagai agensi seperti Agensi Pengurusan Bencana (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia ( RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). KKM berasa bangga dan berterima kasih atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai agensi ini.

Bagi memastikan kelancaran usahasama ini, strategi komunikasi yang sistematik amatlah penting. Maka, KKM dengan bantuan erat Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) turut telah menubuhkan Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 Wilayah Tengah atau Central Region COVID-19 Unified Command Centre ( UCC ) yang akan diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman dan dibantu oleh Dr. Sarah binti Shaikh Abdul Karim, Pakar Perubatan Kecemasan dari Hospital Sungai Buloh. Penubuhan UCC ini bertujuan memastikan kelancaran tadbir urus dan pengoperasian semua hospital dan PKRC di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pada 19 November 2020, barisan Pengurusan Tertinggi Program Perubatan telah membuat tinjauan berkenaan persiapan pembinaan Pusat Kawalan Bersepadu Covid-19 Wilayah Tengah atau atau Central Region COVID-19 Unified Command Centre ( UCC ) dan juga Institut Latihan KKM Sungai Buloh yang akan dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah.  Antara yang hadir adalah YBhg. Datuk TKPK (Perubatan) Datuk Dr. Hj. Rohaizat b Hj. Yon, Pengarah Perkembangan Perubatan Dato’ Norhizan b Ismail, Timbalan Pengarah Perkembangan Perubatan Datin Sri Dr Asmah bt. Samat dan Pengarah Kejururawatan Puan Devi K Saravana serta yang lainnya.

Turut dibincangkan adalah berkenaan pelan persediaan  UCC dan PKRC dan keperluan yang diperlukan merangkumi keperluan ICT, peralatan, sumber manusia, makanan pesakit dan petugas serta keperluan logistik.

Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: FB Program Perubatan KKM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …