KES KHIANAT PONDOK DOA DISIASAT POLIS

SIASAT: Polis Menjalankan Siasatan Di Pondok Doa Di Kawasan Sinundu Miracle Hill, Kampung Duvanson, Putatan.

PENAMPANG: Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian khianat membabitkan sebuah pondok doa di kawasan Sinundu Miracle Hill, Kampung Duvanson, Putatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian terbabit dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada 13 Julai.

“Siasatan awal mendapati pondok doa berkenaan berada dalam keadaan berselerak.

“Beberapa barangan di dalam pondok doa itu dipercayai dirosakkan individu yang masih belum dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

“Seksyen 427 memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan harta benda.

“Seksyen 295 pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan mencemarkan atau merosakkan tempat ibadat atau objek suci dengan niat menghina agama.

“Polis memandang serius sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya.

Katanya, tindakan sedemikian juga boleh mengganggu ketenteraman awam serta menyentuh sensitiviti agama.

Beliau berkata, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Katanya, tindakan itu penting bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan dan ketenteraman awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Anis Abdullah di talian 013-636 5734.

“Orang ramai juga boleh hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …