ENAM ACARA UTAMA MERIAHKAN FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026 HUJUNG MINGGU INI

Ayer Keroh – Festival Sungai Melaka 2026 terus menghangatkan kalendar pelancongan negeri dengan enam acara akan berlangsung di Dataran Pengkalan Rama pada hujung minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, antara acara disusun adalah Program Pembuatan Kuih Keria; Nuhea Battle of Konda Kondi; Pertandingan Tug of War dan Skuad Hero Sungai yang akan berlangsung pada 18 Julai.

Katanya, sementara itu pada 19 Julai akan berlangsung Pertandingan Memancing Ikan Air Tawar dan Pound-Rockout, Workout.

“Festival Sungai Melaka 2026 yang berlangsung selama tiga bulan ini menampilkan hampir 30 pengisian yang bukan sahaja mengangkat keunikan produk pelancongan berasaskan sungai dan pantai malah menawarkan aktivtiti untuk seisi keluarga.

“Turut memeriahkan festival ini nanti himpunan kelab motosikal besar serta persembahan kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka serta pelbagai lagi aktiviti menarik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar berkata, pihaknya menyasarkan lebih 5,000 peserta dan pengunjung akan memeriahkan pelbagai program yang diadakan pada dua hari terbabit.

“Kita jemput orang ramai sekitar negeri Melaka untuk memeriahkan semua program yang dilaksanakan kerana hadiah yang ditawarkan memang menarik dan lumayan.

“Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti sepanjang festival ini berlangsung sehingga bulan September depan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …