PROGRAM BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH KESELAMATAN SEMPENA BULAN KESELAMATAN NEGARA 2026

Alor Gajah – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka telah menganjurkan Program Bacaan Yasin dan Tazkirah Keselamatan sempena Bulan Keselamatan Negara 2026 yang bertemakan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” di Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah.

Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka. Program dimulakan dengan bacaan Surah Yasin sebelum diteruskan dengan Tazkirah Keselamatan bertajuk “Benteng Akidah: Melindungi Diri Daripada Kesesatan” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Firdaus bin Shapian, Imam 1, Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah.

Tazkirah tersebut menekankan kepentingan memperkukuhkan akidah sebagai benteng utama dalam menghadapi pengaruh ajaran sesat serta ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan keselamatan negara.

YDH Superintendan Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Alor Gajah (dua dari kiri)

Program turut diserikan dengan kehadiran YDH Superintendan Ahmad bin Abu Bakar, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, bersama barisan kepimpinan masyarakat setempat iaitu Encik Mohammad Radhi bin Datuk Wira Hj. Hamdin, Setiausaha Japerun Rembia merangkap Pengerusi JPKK Pekan Alor Gajah; Encik Umar bin Suboh, Pengerusi JPKK Jelatang; Encik Md Yusof bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Bayu 2 & 3 merangkap Pengerusi KRT Pekan Alor Gajah; Encik Anifah bin Rahmat, Sidang Kampung Jelatang; serta Encik Mohd Zauwawi bin Ishak, Sidang Kampung Pengkalan.

Penganjuran program ini diharap dapat menyemai kesedaran bahawa keselamatan negara bukan sahaja bergantung kepada aspek fizikal, malah bermula dengan pembinaan akidah yang kukuh, jati diri yang mantap serta semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat sepertimana yang ditunjukkan oleh komuniti penduduk di Kawasan ini dengan penglibatan langsung pemimpin komuniti dalam program memperkasakan keselamatan negeri dan negara.

Marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memelihara keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara.

Facebook MKN Melaka

Artikel/Berita Terkini

12 DITAHAN, RM41 JUTA HASIL BUMI DAN JENTERA DIRAMPAS

OPERASI: Salah sebuah kawasan yang diserbu semasa Op Bersepadu Khazanah atau Op Gali Mega, baru-baru ini. KOTA KINABALU: Seramai 12 …

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …