APA ITU KiBaR ( KIRA.BAKAR.REKOD )

Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung serta masalah sendi. Salah satu cara yang mudah dan praktikal untuk mengawal berat badan ialah mengamalkan konsep KIBAR.

Nak capai berat badan ideal bukan bermaksud perlu makan terlalu sedikit atau bersenam sampai letih.

Kuncinya ialah Keseimbangan Tenaga.

Kita perlu ingat dengan konsep KiBaR – Kira, Bakar dan Rekod.

Kira bermaksud kira kalori bagi mengetahui jumlah kalori yang diambil melalui makanan dan minuman setiap hari. Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza bergantung kepada umur, jantina, berat badan dan tahap aktiviti fizikal. Dengan mengira kalori, kita lebih peka terhadap saiz hidangan dan dapat mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan.

Langkah seterusnya ialah bakar kalori melalui aktiviti fizikal seperti berjalan pantas, berjoging, berbasikal, berenang atau bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Aktiviti ini membantu meningkatkan penggunaan tenaga, mengurangkan lemak badan dan memperbaiki kesihatan secara keseluruhan.

Akhir sekali, rekod kalori yang diambil dan dibakar setiap hari. Catatan ini boleh direkodkan menggunakan buku nta atau aplikasi telefon pintar. Rekod yang konsisten membantu mengenal pasti corak pemakanan dan tahap aktiviti fizikal, sekali gus memudahkan penambahbaikan gaya hidup.

Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, konsep KIBAR dapat  membantu mewujudkan defisit kalori secara sihat, iaitu apabila kalori yang dibakar melebihi kalori yang diambil. Namun, penurunan berat badan perludilakukakn secara berperingkat melalui pemakanan seimbang, pengambilan air yang mencukupi, tidur yang berkualiti serta senaman yang konsisten.

Amalan KIBAR bukan sekadar untuk menurunkan berat badan, malah ia merupakan satu pendekatan ke arah gaya hidup sihat yang boleh diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Jom mulakan dengan langkah kecil hari ini kerana perubahan yang konsisten mampu memberikan manfatt kesihatan yang besar pada masa hadapan.

 

Sumber : Instagram Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

KAWALAN KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM KUDAT PERLU DIPERKUKUH

MESRA: Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainudin Aman berbual dengan barisan tertinggi polis Sabah selepas mesyuarat. KOTA KINABALU: Kerajaan …

HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SABAH BAHARU

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Zul Hadi semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu, hari ini. KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk …

PRN MELAKA KE 16 : PDRM KONTINJEN MELAKA PERKUKUH SINERGI STRATEGIK DEMI KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM

Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah menghadiri Majlis Taklimat Pilihan Raya Negeri (PRN) …