AWAS! PENIPUAN MENYAMAR SEBAGAI GURU

“Scammer” kini semakin licik apabila menyamar sebagai guru dan mensasarkan ibu bapa melalui aplikasi WhatsApp. Suspek menggunakan identiti guru sebenar dan menghantar kod QR pembayaran palsu bagi memperdaya mangsa untuk membuat bayaran ke akaun mereka.

Jangan mudah terpedaya, sentiasa buat pengesahan terlebih dahulu sebelum memindahkan wang dengan menghubungi nombor asal individu berkenaan dan menyemak nombor akaun penerima.

Elakkan mengimbas kod QR yang meragukan, jangan berkongsi maklumat peribadi dan laporkan segera kepada pihak polis sekiranya menjadi mangsa. Ingat, berwaspada adalah benteng terbaik untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Laman FB Polis Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Disertakan maklumat …

PERHIMPUNAN SETIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

OPS BERSEPADU DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JPJ Negeri …