SESI TINJAUAN KE RHC

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2020 – Tinjauan Pengurusan Tertinggi Program Perubatan iaitu TKPK Perubatan Datuk Dr. Hj. Rohaizat bin Hj. Yon dan Timbalan Pengarah Perkembangan Perubatan Datin Sri Asmah bt. Samat ke Hospital Rehabilitasi Cheras (RHC). Hospital ini bakal beroperasi sebagai salah satu hospital Hybrid COVID-19 di Malaysia.

 

Taklimat berkenaan struktur organisasi , pelan susun atur dibentangkan oleh Pengarah Hospital Rehab Cheras Dr Jasmeet. Selain itu, turut dibincangkan adalah berkenaan penubuhan bilik gerakan COVID-19 HRC bagi menyelia kemasukan dan discaj pesakit serta isu- isu logistik dan pengoperasian Hospital Hibrid COVID-19 HRC.

 

 

Hadir sama adalah Dr Yusniza, Ketua Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Kebangsaan,pakar- pakar Perubatan Rehabilitasi, pegawai-pegawai perubatan, penyelia Jururawat, ketua Jururawat serta petugas- petugas klinikal dan bukan klinikal.

 

YBhg. Datuk TKPK Perubatan turut menyatakan bahawa HRC akan berada di bawah selian Pusat Kawalan Bersepadu COVID-19 (PKBC) Wilayah Tengah. Malah, anggota kesihatan mahupun petugas perlu sentiasa mematuhi SOP pada setiap waktu bagi mencegah penularan wabak COVID-19 terutamanya ketika menjalankan tugas perawatan pesakit COVID-19 mahupun penularan wabak di kalangan anggota kesihatan sendiri.

 

Sumber: FB Program Perubatan KKM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …