Pelaksanaan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR) adalah satu amanah yang memerlukan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi. BDR menuntut setiap warga kerja untuk sentiasa Berusaha, Disiplin, dan Rajin dalam memastikan kelancaran operasi.
Bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan sentiasa pada tahap optimum, mari bersama-sama kita praktikkkan lima teras utama ini walau di mana jua kita berada:
- Bekerja dengan jujur dan amanah
- Fokus kepada tanggungjawab yang diberikan
- Hormat-menghormati antara satu sama lain
- Kekalkan disiplin masa dan patuhi peraturan
- Sentiasa meningkatkan kualiti hasil kerja
Integriti bukan sekadar mematuhi arahan, tetapi keupayaan membuat pertimbangan yang tepat walaupun tiada sesiapa yang melihat. Lakukan yang terbaik bukan kerana diperhatikan, tetapi kerana tindakan itu adalah betul.
Sumber : Unit Integriti Kementerian Komunikasi



