APA ITU PENDERMAAN ORGAN?

Pendermaan organ ialah proses pemindahan organ atau tisu yang sihat daripada seseorang (penderma) kepada pesakit lain (penerima) yang mengalami kegagalan organ. Prosedur perbedahan yang kompleks ini (dikenali sebagai transplantasi) bertujuan untuk menyelamatkan nyawa atau memulihkan fungsi tubuh penerima.

Kategori Pendermaan Organ

Penderma Semasa Hidup: Melibatkan penderma yang masih hidup dan sihat. Biasanya melibatkan penderma dan penerima yang mempunyai pertalian darah, atau penderma altruistik. Organ yang boleh didermakan termasuklah sebahagian daripada hati atau sebelah buah pinggang.

Penderma Selepas Meninggal Dunia (Kadaverik): Pendermaan dilakukan setelah penderma disahkan meninggal dunia, terutamanya mereka yang mengalami kematian otak akibat kemalangan atau strok.

Jenis Organ dan Tisu yang Boleh Diderma

Organ Dalaman: Buah pinggang, hati, jantung, paru-paru, pankreas, dan usus.

Tisu: Kornea mata, injap jantung, kulit, dan tulang.

Pendermaan organ merupakan satu amalan murni yang boleh memberi sinar baharu kepada pesakit dan mengubah kehidupan

Sumber: Berita. rtm .gov.my

Poster :Apa itu  pendermaan organ

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …