SABAH SIHAT 2.0 DEKATKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN KEPADA RAKYAT

TINJAU: Julita (kanan) semasa meninjau salah satu reruai yang mengambil bahagian dalam program itu.

KOTA KINABALU: Program Sabah Sihat 2.0 menjadi platform penting dalam mendekatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan kepada rakyat melalui penyediaan saringan kesihatan, khidmat kaunseling, pameran serta program komuniti di bawah satu platform.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki berkata, inisiatif seumpama itu penting bagi memastikan masyarakat mendapat akses yang lebih mudah kepada maklumat, perkhidmatan dan sokongan yang berkaitan dengan kesihatan serta kesejahteraan diri dan keluarga.

“Sabah Sihat 2.0 bukan sekadar program kesihatan, tetapi merupakan platform yang menghimpunkan pelbagai agensi dan rakan strategik untuk membawa perkhidmatan lebih dekat kepada rakyat.

“Melalui pendekatan ini, masyarakat bukan sahaja dapat memperoleh maklumat yang bermanfaat, malah berpeluang menjalani saringan kesihatan dan mendapatkan khidmat sokongan yang diperlukan,” katanya ketika merasmikan Program Sabah Sihat 2.0, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, program yang berjaya menarik penyertaan lebih 1,000 peserta itu turut menampilkan pelbagai perkhidmatan termasuk Wellness on Wheels (WOW) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pusat Keluarga Bergerak (PKB) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Selain itu, pelbagai pameran dan pengisian turut disediakan melibatkan agensi kerajaan serta pertubuhan komuniti termasuk Pusat Autisme Sabah, Cheshire Home dan Sabah Society for the Deaf.

Menurutnya, penyediaan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat memainkan peranan penting dalam meningkatkan literasi kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat.

“Kesihatan dan kesejahteraan perlu dilihat secara menyeluruh, meliputi aspek fizikal, mental dan sosial. Justeru, usaha mendekatkan perkhidmatan kepada komuniti perlu terus diperkukuhkan agar lebih ramai rakyat dapat memperoleh manfaat daripadanya.

“Kerajaan negeri komited untuk terus memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan yang berkualiti selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya untuk melahirkan masyarakat yang sihat, produktif dan sejahtera,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …