ENAM LELAKI DITAHAN, CECAIR DADAH DAN GANJA DIRAMPAS DALAM OPS TAPIS

RAMPAS: Cecair dadah dan ganja yang dirampas dalam Ops Tapis.

PENAMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kerjasama BSJND IPD Kota Kinabalu menahan enam lelaki tempatan dalam Ops Tapis yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini, malam kelmarin hingga awal pagi Rabu.

Operasi yang dijalankan di sebuah kafe, kawasan sekitar pusat hiburan di Damas 118 Plaza, Kepayan Point dan sebuah unit kondominium di Nosoob itu menyasarkan aktiviti penyalahgunaan serta pemilikan dadah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, semua suspek berusia antara 27 hingga 40 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dan siasatan membawa kepada rampasan cecair disyaki dadah jenis MDMA/Psilocybin berjumlah 20.5 mililiter dengan anggaran nilai RM360.

“Polis turut merampas dadah disyaki ganja seberat 5.41 gram yang dianggarkan bernilai RM120 dan keseluruhan nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM480.

“Siasatan awal mendapati seorang daripada suspek dipercayai menjadi pembekal kepada beberapa individu lain yang ditahan dalam operasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, susulan maklumat yang diperoleh daripada tangkapan awal, polis berjaya menahan seorang lagi suspek bersama sejumlah kecil cecair disyaki dadah sebelum menjalankan serbuan susulan ke sebuah kondominium.

“Serbuan itu membawa kepada penemuan ganja dan penahanan dua lagi suspek.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati lima daripada enam suspek positif dadah jenis THC, manakala seorang lagi didapati negatif.

“Semakan rekod lampau turut mendapati beberapa suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dibaca bersama Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya.

Katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki ganja serta Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana menggunakan dadah berbahaya.

Sammy berkata, Polis Daerah Penampang akan terus memperhebat operasi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah khususnya di kawasan pusat hiburan, premis perniagaan, kafe serta lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan penagih dan pengedar dadah.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah dadah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …