TERENGGANU PERKUKUH ISLAMIC TOURISM, TARIK 2.45 JUTA PELANCONG

Terengganu terus memperkasakan agenda Islamic Tourism sebagai salah satu teras utama pembangunan pelancongan negeri bagi menawarkan pengalaman pelancongan yang unik, berkualiti dan selari dengan nilai budaya serta warisan tempatan.

Menurut Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Mohd Ariffin Tengku A. Rahman, usaha berterusan kerajaan negeri dalam mempromosikan Terengganu sebagai destinasi pelancongan mesra syariah kini menunjukkan perkembangan yang amat positif. Bagi suku tahun pertama 2026 sahaja, kehadiran pelancong dan pengunjung ke Terengganu diunjurkan mencecah kira-kira 2.45 juta orang, sekali gus mencerminkan keyakinan tinggi pelancong terhadap keunikan produk pelancongan yang ditawarkan negeri Terengganu.

Kejayaan sektor pelancongan tidak hanya diukur melalui peningkatan jumlah pelancong, malah turut mengambil kira kesejahteraan masyarakat setempat dan kesan pembangunan terhadap kualiti hidup rakyat. Terengganu turut berbangga apabila Bandaraya Kuala Terengganu, Bandar Marang dan Bandar Permaisuri diiktiraf sebagai antara bandar paling bahagia tahun 2026 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengiktirafan tersebut membuktikan pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja merancakkan ekonomi negeri, malah berjaya meningkatkan kesejahteraan serta kebahagiaan rakyat secara menyeluruh.

Sumber: TRDI NEWS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …