SENTIMEN PERNIAGAAN MEREDA PADA SUKU KEDUA 2026, DICERMINKAN OLEH PETUNJUK KEYAKINAN -1.8 PERATUS

Siaran Terkini : 26 Mei 2026

  • Peniaga menjangkakan prospek perniagaan yang lebih sederhana pada suku kedua 2026 dengan Petunjuk Keyakinan yang mereda kepada -1.8 peratus daripada +4.0 peratus pada suku sebelumnya.
  • Sektor Pembinaan, Perdagangan Borong & Runcit serta Industri menjangkakan prestasi perniagaan yang kurang memberangsangkan pada suku kedua tahun 2026, mencerminkan sikap berhati-hati dalam kalangan peniaga berikutan persekitaran perniagaan yang mencabar serta ketidaktentuan ekonomi global. Sementara itu, sektor Perkhidmatan terus mengekalkan prospek yang positif bagi suku kedua 2026, didorong oleh pelaksanaan berterusan langkah sokongan kerajaan yang membantu mengekalkan kuasa beli pengguna serta menyokong aktiviti perniagaan, khususnya dalam sektor Perkhidmatan yang berteraskan permintaan domestik.
  • Sektor Pembinaan bertukar pesimis dengan petunjuk keyakinan -9.5 peratus pada suku kedua 2026 berbanding +1.4 peratus pada suku sebelumnya. Petunjuk keyakinan untuk sektor Perdagangan Borong & Runcit menurun kepada -7.5 peratus pada suku rujukan. Selain itu, sektor Industri juga meramalkan prestasi yang kurang memberangsangkan dengan petunjuk keyakinan -3.7 peratus berbanding +3.3 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2026. Manakala, sektor Perkhidmatan menjangkakan prestasi perniagaan mereka kekal optimis dengan petunjuk keyakinan +6.2 peratus berbanding +6.6 peratus pada suku sebelumnya.
  • Jangkaan perniagaan yang bercampur-campur diperhatikan di seluruh negeri, mencerminkan kepelbagaian prospek ekonomi antara negeri. Johor mencatatkan petunjuk keyakinan +1.2 peratus, Kedah (+3.2%), Kelantan (+3.8%), Negeri Sembilan (+1.9%), Perak (+0.9%), Selangor (+0.2%) dan Terengganu (+5.5). Sebaliknya, beberapa negeri menunjukkan sentimen pesimis, dengan Melaka merekodkan -9.18 peratus, Pahang (-7.1%), Pulau Pinang (-5.2%), Perlis (-7.1%), Sabah (-7.6%), Sarawak (-5.9%), W.P. Kuala Lumpur (-2.8%), W.P. Labuan(-9.5%) dan W.P. Putrajaya (+2.3%).
  • Melihat sentimen perniagaan bagi tempoh April hingga September 2026, peniaga kekal optimis, dengan imbangan bersih mereda kepada +7.9 peratus daripada +10.8 peratus yang direkodkan sebelum ini.

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

 

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …