SIRI 3: STATISTIK KECENDERUNGAN PERNIAGAAN, SUKU KEDUA 2026

Siaran Terkini : 26 Mei 2026

JANGKAAN PRESTASI PERNIAGAAN BAGI APRIL HINGGA SEPTEMBER 2026

Melihat sentimen perniagaan bagi tempoh April hingga September 2026, peniaga kekal optimis, dengan imbangan bersih mereda kepada +7.9 peratus daripada +10.8 peratus yang direkodkan sebelum ini.  Sektor industri terus mencatatkan sentimen perniagaan yang positif, mencatatkan imbangan bersih sebanyak +13.0 peratus, meningkat daripada +6.2 peratus sebelumnya. Selain itu, sektor Perkhidmatan menjangkakan situasi perniagaan yang positif dalam tempoh enam bulan akan datang dengan imbangan bersih sebanyak +7.5 peratus berbanding +20.6 peratus yang direkodkan untuk tempoh Januari sehingga Jun 2026. Tinjauan positif dalam kedua-dua sektor Industri dan Perkhidmatan mencerminkan keadaan perniagaan yang menggalakkan untuk tempoh jangkaan. Sementara itu, sektor Pembinaan menjangkakan penurunan dalam perniagaan yang dicerminkan oleh imbangan bersih sebanyak -5.4 peratus berbanding +12.0 peratus yang direkodkan sebelumnya. Pada masa yang sama, sentimen yang lemah dicatatkan dalam sektor Perdagangan Borong & Runcit, dengan imbangan bersih sebanyak -1.0 peratus berbanding +6.9 peratus sebelumnya (Paparan VI).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …