AKTA SEWA BELI (PINDAAN) 2026 : KE ARAH SISTEM PEMBIAYAAN YANG LEBIH ADIL DAN TELUS

Akta Sewa Beli ( Pindaan ) 2026 berkuat kuasa pada 01 Jun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuhkan perlindungan pengguna dalam ekosistem kredit negara.

Penguatkuasaan terhadap akta ini susulan daripada pindaan kepada Akta Sewa Beli 1967 yang telah diluluskan di Parlimen pada tahun 2025 sebahagian daripada ikhtiar memperkukuh kerangka perundangan berhubung ekosistem kredit pengguna.

Antara inti pati utama pindaan tersebut adalah :

  1. Pemansuhan penggunaan Kadar Faedah Tetap Sama Rata (flat rate) dan kaedah Peraturan 78 (Rule of 78). Di bawah kaedah tersebut, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah, manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.

Peruntukan baharu melalui pindaan yang telah dibuat memperkenalkan Kaedah Pengurangan Baki (reducing balance method) dan Kadar Faedah Efektif (effective interest rate) bagi pinjaman sewa beli berkadar tetap. Melalui kaedah ini, faedah akan dikira berdasarkan baki pinjaman semasa sekali gus menjadikan penyelesaian awal pinjaman lebih telus dan adil kepada pengguna.

  1. b) Penggunaan teknologi dalam perjanjian sewa beli sejajar dengan transformasi digital. Antaranya termasuklah kebenaran untuk menggunakan tandatangan   serta penyerahan dokumen secara digital dan elektronik bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses perjanjian.

Reformasi undang-undang ini menunjukkan komitmen Kerajaan untuk mewujudkan ekosistem kredit yang lebih telus dan berintegriti serta melindungi hak dan kepentingan rakyat sebagai pengguna di seluruh negara.

 

Sumber : Laman Rasmi serta Tik Tok Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …