LIMA TERKANDAS DI SEBERANG SUNGAI AKIBAT ARUS DERAS

SELAMAT: Semua mangsa berada dalam keadaan selamat selepas terkandas di seberang sungai akibat arus deras.

KOTA BELUD: Lima individu yang terkandas di seberang sungai akibat arus deras di Kampung Melangkap berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 4.48 petang semalam.

Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Vigo digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 35 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 6.33 petang dan mendapati terdapat lima mangsa berada di seberang sungai dalam keadaan selamat namun tidak dapat menyeberangi sungai berikutan arus deras.

“Pasukan bomba kemudian bertindak menyusuri tebing sungai dan berjaya menemukan semua mangsa pada jam 12.45 tengah malam, kira-kira lima kilometer dari jalan utama,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, operasi berdepan kesukaran disebabkan laluan menuju ke lokasi mangsa berbukit dan curam selain lampu suluh pasukan kehabisan cas.

“Ketiadaan liputan GIRN dan talian telefon turut menyukarkan komunikasi semasa operasi mencari dijalankan.

“Bagaimanapun, semua mangsa berjaya dibawa keluar ke kawasan selamat bermula jam 5.50 pagi,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …