KKIP POWER SERAH DIVIDEN RM3.13 JUTA

DIVIDEN: Ewon (tengah) menerima replika cek dividen KKIP Power yang disampaikan oleh Johnny pada majlis itu. Turut kelihatan Amisah (tiga dari kanan), Cecilia (dua dari kanan), Thomas (kanan) dan Peter (dua dari kiri).

KOTA KINABALU: K.K.I.P. Power Sdn Bhd (KKIP Power) menyerahkan dividen berjumlah RM3,136,500 kepada K.K.I.P. Sdn.Bhd di sini, hari ini.

Penyerahan dividen itu disampaikan oleh Pengerusi KKIP Power, Datuk Johnny Goh kepada Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi KKIP, Datuk Ewon Benedick dalam satu majlis ringkas sebelum mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah KKIP.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan berkata, dividen berkenaan mencerminkan prestasi positif syarikat serta komitmen berterusan anak syarikat KKIP itu dalam menyumbang kepada pembangunan industri dan ekonomi di Sabah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif KKIP, Cecilia Amid; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Thomas Logijin; serta Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Power, Datuk  Peter Lajumin; dan Timbalan Pengerusi KKIP Datuk Amisah Yassin.

KKIP Power merupakan pemegang lesen pengagihan elektrik bagi kawasan perindustrian di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) dan memainkan peranan penting dalam menyokong keperluan utiliti serta pembangunan sektor industri di taman perindustrian itu.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …