KUNJUNGAN: Masidi menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang diketuai Jamawi, di pejabatnya di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang diketuai menterinya, Datuk Jamawi Jaafar di pejabatnya, di sini.
Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah turut diberi taklimat oleh Pengurus Besar Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBS), Datuk Dr. Ramle Kasin berhubung perkembangan semasa industri padi dan beras di negeri ini.
Taklimat itu antaranya menyentuh usaha memperkukuh pengeluaran padi tempatan, aspek keselamatan makanan serta inisiatif meningkatkan produktiviti sektor pertanian di Sabah.
Masidi berkata, kerajaan negeri komited menyokong usaha memperkasa industri padi dan beras bagi memastikan bekalan makanan negeri kekal stabil dan mencukupi.
Menurutnya, sektor pertanian khususnya industri padi dan beras memainkan peranan penting dalam menjamin keterjaminan makanan selain membantu meningkatkan ekonomi petani tempatan.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama berterusan antara kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh pembangunan sektor pertanian di Sabah.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



