MELAKA ANJUR PERTANDINGAN ‘SENAM SENI’ PERTAMA OGOS DEPAN

Ayer Keroh – Kira-kira 10 buah sekolah rendah bakal berentap bagi merebut kejuaraan sulung Pertandingan Senam Seni anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka yang bakal diadakan awal Ogos depan.

Pengarah JKKN Melaka Ezlina Alias berkata, pertandingan julung kali diadakan itu diadakan bagi menilai keberkesanan modul Senam Seni yang dilancarkan tahun lalu dan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, pertandingan yang akan berlangsung pada 2 Ogos depan di sebuah pusat beli belah di Banda Hilir itu akan membabitkan penyertaan 10 pasukan.

“Buat masa ini JKKN hadkan penyertaan sekitar 10 buah sekolah sahaja yang membabitkan setiap pasukan dianggotai seramai 10 peserta.

“Namun sekiranya sambutan diterima menggalakkan dan mencecah sehingga 20 penyertaan JKKN akan mengadakan sesi saringan untuk mencari 10 pasukan terbaik untuk bertanding,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Ezlina, pertandingan itu bukan sekadar program biasa kerana peserta perlu mengikuti beberapa modul serta kriteria tertentu yang ditetapkan selain menitikberatkan elemen kecergasan selari dengan konsep Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

“Senam Seni ini mempunyai modul tersendiri dan bukan hanya tertumpu kepada persembahan semata-mata ia turut membabitkan daya tahan kecergasan.

“Ini adalah pertandingan Senam Seni pertama dianjurkan JKKN Melaka dan kita berharap ia dapat menjadi platform memperluaskan lagi program ini dalam kalangan pelajar sekolah rendah,” katanya.

Sumber : Melaka Hari ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …