DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Program Training Of Trainers (TOT) Gerakan Pengguna Daerah Tahun 2026 merupakan satu platform penting dalam memperkasakan masyarakat sebagai agen perubahan yang berilmu, berdaya saing serta bertanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepenggunaan, hak pengguna dan advokasi kepenggunaan berkaitan kos sara hidup kepada masyarakat.
Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai input berkaitan hak pengguna, kesedaran kepenggunaan, cabaran kos sara hidup serta peranan masyarakat dalam menjadi penyampai maklumat yang efektif kepada pengguna.Inisiatif ini bukan sahaja melahirkan masyarakat yang berketerampilan, malah membentuk masyarakat yang lebih cakna, bijak membuat pilihan dan berani memperjuangkan hak pengguna.
Selain itu juga , diadakan sesi lawatan kerja rasmi bersama Gerakan Pengguna Daerah di Perindustrian Gold Selection Sdn. Bhd. bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli GPD mengenai proses operasi dan standard kualiti perkhidmatan.
Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang



