EKSESAIS GERAK PANTAS 2026 DI TERENGGANU DAN KELANTAN

Tentera Darat Malaysia (TDM) akan melaksanakan Eksesais Gerak Pantas 2026 bermula pada 11 sehingga 15 Mei 2026 melibatkan pasukan 10 Briged (Para).

Kawasan yang terlibat adalah negeri Kelantan melibatkan daerah Cherang Ruku dan Pasir Puteh serta di Terengganu melibatkan sekitar Pangkalan Udara Gong Kedak, Besut dan Kuala Terengganu.

Eksesais ini dilaksanakan pada setiap tahun bertujuan menguji tahap kesiagaan tempur dan keupayaan operasi pasukan dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan negara.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati di jalan raya dan tidak cemas sekiranya terdapat pergerakan anggota dan konvoi tentera, penerbangan aset udara serta bunyi letupan di kawasan terlibat sepanjang tempoh latihan dilaksanakan terutamanya ketika Fasa Serangan Akhir eksesais yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2026 di sekitar kawasan Empangan Tok Gong, Besut Terangganu.

Semua aktiviti latihan dilaksanakan secara terancang dan terkawal dengan pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan awam. TDM merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu, semua agensi keselamatan yang terlibat serta masyarakat setempat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan eksesais ini demi memperkukuh kesiapsiagaan angkatan tentera dan mempertahankan kedaulatan negara kita, Malaysia yang tercinta.

 

Sumber: Laman Facebook Info Bencana Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …