SYABAS NADMA!

KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2020Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di atas sumbangan 151 buah katil berserta tilam dan bantal. HKL telah memohon bantuan daripada NADMA pada 13 November 2020 dan bantuan telah tiba pada hari yang sama dan selamat di tempatkan di wad- wad MHKL (bangunan lama Hospital Bersalin Kuala Lumpur).

Syabas NADMA di atas tindakan pantas dalam membantu KKM amnya dan HKL khususnya merawat kes – kes Covid-19 yang semakin meningkat di Lembah Kelang. Sekalung penghargaan ke atas bantuan dan kerjasama kepada pasukan HKL dalam menyelaras dan menguruskan penghantaran katil-katil dari depoh simpanan ke MHKL.

HKL turut mendapatkan bantuan Unit Kawalan Infeksi, Bahagian Penyeliaan Hospital, Unit Angkut dan Radicare atas bantuan menempatkan kesemua 151 buah katil- katil sumbangan NADMA di wad-wad Covid-19 di MHKl. Kerja-kerja pemasangan katil-katil selesai pada 4.30 pagi sabtu 14 November 2020.

HKL juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi lain yang turut membantu seperti: Agensi yang terlibat:

  • Depoh Simpanan Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia,
  • SMART (Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team)

Sehingga 14 November 2020, jumlah katil terkini di MHKL adalah sebanyak 358 buah katil (pertambahan sebanyak 151 daripada jumlah asal 207).

 

Sumber: FB Hospital Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut