SIARAN PIALA DUNIA FIFA 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Pencinta bola sepak tanah air menerima khabar gembira apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV sah diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyediakan liputan inklusif dan menyeluruh kepada rakyat.

“Piala Dunia FIFA 2026 akan disiarkan menerusi pelbagai platform termasuk siaran percuma melalui MyTV serta platform OTT menerusi RTM Klik dan Unifi TV bagi memastikan akses menyeluruh kepada penonton di seluruh negara.

“Kesemua 104 perlawanan akan disiarkan secara langsung di Unifi TV, manakala RTM akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan sama ada secara langsung atau tertunda.” katanya dalam Sidang Media Mingguan di Angkasapuri, Kota Media.

Beliau memaklumkan, penyiaran kejohanan itu turut melibatkan kerjasama strategik dengan sektor swasta bagi memperkukuh kualiti siaran serta capaian penonton.

Program ‘Grandstand’ akan diterbitkan dari Angkasapuri dengan penyampaian utama dalam bahasa Melayu serta sebahagian dalam bahasa Inggeris.

Perkembangan kejohanan turut dikongsikan menerusi program ‘Selamat Pagi Malaysia’, selain penganjuran acara tontonan umum di lokasi terpilih bagi meningkatkan keterlibatan peminat. – Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …