GOOGLE PERKUKUH USAHA BANTERAS PENIPUAN ONLINE

Google terus memperkukuh usaha membanteras penipuan dalam talian apabila melancarkan ciri perlindungan dipertingkat dalam Google Play Protect khusus untuk pengguna Android di Malaysia. Pelancaran itu bertujuan melindungi pengguna daripada ancaman perisian hasad (malware) dan penipuan kewangan, khususnya melalui aplikasi ‘sideloaded’ yang dimuat turun di luar platform rasmi.

Inisiatif berkenaan disokong oleh Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan diumumkan sempena acara Google 2026 Online Safety Dialogue yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Menurut Google, ciri baharu itu mampu menganalisis serta menyekat secara automatik pemasangan aplikasi yang cuba menyalahgunakan kebenaran sensitif seperti akses kepada SMS atau kata laluan sekali guna (OTP), yang sering digunakan dalam penipuan kewangan. Selain itu, sistem tersebut turut melakukan pemeriksaan masa nyata terhadap aplikasi berisiko dan memberikan amaran jelas kepada pengguna sekiranya terdapat percubaan akses kepada data sensitif.

Fahmi berkata, langkah proaktif Google itu selari dengan usaha kerajaan menerusi Kempen Internet Selamat 2.0 dalam memperkukuh keselamatan digital negara.

“Memperkukuh keselamatan dalam talian dan akauntabiliti platform merupakan keutamaan negara. Inisiatif ini memastikan rakyat Malaysia diperkasa dengan pengetahuan dan alat untuk kekal selamat dalam era digital,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Negara Google Malaysia, Ben King menegaskan syarikat itu komited untuk terus mendahului ancaman siber melalui inovasi teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta program literasi digital. Dalam perkembangan sama, Google turut memperkenalkan dua langkah tambahan bagi meningkatkan akauntabiliti dalam ekosistem digital iaitu pengesahan identiti pembangun Android serta pengesahan perkhidmatan kewangan bagi pengiklan.

Bermula suku ketiga 2026, Google akan melancarkan permainan “Be Scam Ready” dalam Bahasa Melayu bagi membantu rakyat Malaysia meningkatkan kemahiran mengenal pasti penipuan secara lebih berkesan. Langkah itu turut diperkukuhkan menerusi inisiatif serantau Scam Ready ASEAN yang menyasarkan lebih 200,000 rakyat Malaysia dalam tempoh dua tahun melalui program literasi dan kesedaran digital.

 

Sumber: MalaysiaGazette

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …