PERASMIAN STESEN PEMANCAR SEBERANG LAUT RADIO MALAYSIA, KAJANG

Pada 29 April (Sabtu) dalam tahun 1967, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan merasmikan stesen Pemancar Seberang Laut Radio Malaysia yang baru di Kajang, Selangor.  Stesen Pemancar Seberang Laut yang baru ini mengandungi empat aerial logarithmik (logarithmic Aerial). Satu daripada aerialnya dipancarkan ke arah Malaysia Timur, satu ke arah negara China, Jepun, Cambodia dan Vietnam dan satu lagi dipancarkan ke arah India, Pakistan dan Burma.

Terdapat sebuah ‘Logarithmic Periodic Aerial’ yang boleh berputar-putar untuk memancarkan siaran ke arah yang dikehendaki. Di samping empat aerial logarithmik, terdapat juga tiga buah aerial ‘Arrays’ yang hanya memancarkan program-program tempatan. Dalam titah ucapan perasmiannya, Sultan Selangor telah menggesa Jabatan Radio Malaysia supaya membanyakkan siaran yang bercorak menyatupadukan rakyat dan menggalakkan mereka melipat gandakan usaha untuk kemajuan negara ini. Baginda menyifatkan stesen pemancar ini sebagai satu kemajuan yang telah dicapai oleh Kerajaan Malaysia.

Di samping itu, baginda mengesyorkan supaya rancangan-rancangan pendidikan dan pelajaran ditambah kerana rancangan-rancangan ini boleh mendorong rakyat mempelajari dan membaiki corak kehidupan mereka. Sesungguhnya dengan perasmian Stesen Pemancar Seberang Laut Radio Malaysia di Kajang pada hari ini dalam tahun 1967, diharapkan rancangan-rancangan yang diselenggarakan dapat dibaiki serta disesuaikan dengan kehendak masyarakat dan keadaan sekeliling negara ini.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …