PEMBUKAAN RASMI KAMPUNG ORANG ASLI, KAMPUNG PUTRA

Pada 29 April (Sabtu)  dalam tahun 1967, Majlis Pembukaan Rasmi Kampung Orang Asli yang diberi nama Kampung Putra disempurnakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri di Ayer Baning, Jelebu, Negeri Sembilan. Ketibaan YTM Tunku Abdul Rahman disambut oleh Batin Hassan bin Bate, Ketua Orang Asli Kampung Putra dan YB Haji Abdul Rahman bin Ya’akub, Menteri Tanah dan Galian. Perkampungan yang terletak kira-kira 83.2 kilometer dari Seremban, Negeri Sembilan ini merupakan perkampungan orang asli contoh di Malaysia. Kampung Putra yang menempatkan 33 buah rumah, sebuah sekolah, klinik dan balai raya ini dimodenkan dengan perbelanjaan sebanyak $60,000.00.

 

Sumber : Arkib Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …