PERKETAT PENGUATKUASAAN BENDUNG KETIRISAN SUBSIDI BAHAN API

HADIR: Masiung (kiri) bersama Hajiji dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson (tengah) selepas sesi taklimat khas ESSZONE.

SANDAKAN: Kerajaan disaran memperketatkan penguatkuasaan bagi mengekang ketirisan sumber awam membabitkan agihan subsidi bahan api di Sabah.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Datuk Masiung Banah berkata, aspek tatakelola dan risiko salah laku perlu diberi perhatian serius terutama dalam pengurusan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Katanya, kegagalan melaksanakan penguatkuasaan secara menyeluruh boleh menyebabkan subsidi rakyat terus diseleweng dan diseludup ke negara jiran.

“Jika penguatkuasaan tidak dilaksanakan secara tuntas, subsidi bahan api berisiko tinggi diseludup keluar sekali gus merugikan negara,” katanya

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut berkata demikian ketika ditemui sempena taklimat khas Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor; Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafri Ariffin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untung serta Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jamri, di sini, semalam.

Beliau berkata, dua kes penyelewengan diesel yang dilaporkan di Tawau baru-baru ini melibatkan lebih 40,000 liter bahan api bersubsidi bernilai lebih RM1.17 juta wajar dijadikan peringatan kepada semua pihak.

KUNJUNGAN: Masiung bersalaman dengan Hajiji Noor sejurus ketibaan beliau pada sesi taklimat khas ESSZONE di Sandakan.

Sehubungan itu, Masiung menggesa agensi penguatkuasaan termasuk Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia meningkatkan keupayaan operasi dengan menambah anggota, bot peronda serta penggunaan dron khususnya di laluan tikus di kawasan sempadan.

Katanya, pemantauan terhadap pegawai penguat kuasa di pintu masuk negara juga perlu diperkasakan bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengenal pasti tiga risiko utama yang menyumbang kepada ketirisan subsidi sepanjang tempoh krisis bekalan global.

“Antara faktor kritikal ialah kewujudan rangkaian dalaman melibatkan segelintir petugas di pintu masuk, selain keadaan geografi Sabah yang mempunyai kawasan laut luas dan hutan paya bakau dengan banyak laluan tikus yang menyukarkan penguatkuasaan,” katanya.

Masiung berkata, perbezaan harga bahan api dan minyak masak bersubsidi yang jauh lebih murah berbanding negara jiran turut menjadi tarikan utama kepada sindiket penyeludupan.

“Permintaan tinggi di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina menyebabkan aktiviti penyeludupan barangan terkawal dari Sabah dan Sarawak terus berlaku,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …