KESIAPSIAGAAN COVID-19 BAGI NEGERI-NEGERI LEMBAH KLANG

 

Pada peringkat awal gelombang ketiga pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya menggunakan Hospital Sungai Buloh (HSgB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai hospital perawatan COVID-19. Manakala Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah bagi pesakit kategori 1 dan 2 di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan Putrajaya.

Namun begitu, peningkatan jumlah pesakit COVID-19 di kawasan ini telah mengakibatkan hospital-hospital tersebut mencatatkan kadar penggunaan katil yang tinggi.

Oleh itu, sehingga 18 November 2020, jumlah katil bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutan Putrajaya telah ditingkatkan hampir 14 kali ganda iaitu daripada 345 katil pada 1 Oktober 2020 kepada 4,739 buah katil.

Perancangan strategik bagi meningkatkan jumlah katil ini melibatkan enam (6) buah fasiliti iaitu HKL, HSgB, HRC, PKKN, ILKKM dan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di dua (2) buah negeri serta kerjasama pelbagai agensi iaitu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Usahasama ini memerlukan koordinasi dan komunikasi yang jitu di antara semua agensi. KKM mengucapkan syabas dan terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama rapat yang diberikan mereka.

Bagi melancarkan tadbir urus dan pengoperasian kesemua hospital dan PKRC di Selangor, WPKL & Putrajaya, KKM dengan bantuan MKN telah menubuhkan PUSAT KAWALAN BERSEPADU COVID-19 WILAYAH TENGAH atau CENTRAL REGION COVID-19 UNIFIED COMMAND CENTRE yang akan diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari bin Ngadiman dan dibantu oleh Dr. Sarah binti Shaikh Abdul Karim, Pakar Perubatan Kecemasan dari HSgB sebagai timbalan beliau.

Diharap kerjasama padu KKM dan agensi-agensi lain serta penubuhan CENTRAL REGION COVID-19 UNIFIED COMMAND CENTRE ini mampu melancarkan pengurusan wabak COVID-19 di Selangor, WPKL & Putrajaya.

Sumber: FB KKM dan FB Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut